Posted by Berkah Catering
» Jumat, 20 November 2015
Salah
satu daripada aspek yang penting dalam sesebuah majlis perkawinan ialah
urusan menempah katering. Ye la kan, orang datang kenduri
kahwin pun agenda paling utamanya ialah tak lain dan tak bukan untuk
makan nasi
minyak. Betul tak?
Kami di TS Canopy Services akan berkongsi dengan anda apakah
antara tips-tips yang patut anda ikut untuk memilih dan ketika berurusan dengan
pihak katering perkawinan yang akan menyediakan makanan untuk majlis
pernikahan anda.
Makanan memang amat penting kerana ia memberi ‘overall
impression’ bagi majlis perkawinan anda. Kalau makanan anda sedap, memang ia
sudah cukup memberi gambaran yang baik oleh tetamu jemputan majlis perkahwinan
anda.
Berikut adalah tips-tips tersebut:
TIPS 1:
QUOTATION
Dapatkan quotation atau sebut harga yang se-detail yang
mungkin. Nyatakan segala apa yang anda inginkan dengan sejelas-jelasnya.
Lauk-pauk, pencuci mulut, nasi minyak atau nasi putih, khemah, meja makan pengantin,
meja VIP dan sebagainya yang berkaitan dengan hal-hal makanan. Gunakan
maklumat-maklumat yang sama ini untuk anda dapatkan quotation daripada
katerer-katerer yang lain jadi anda boleh membezakan caterer manakah yang memberi
perkhidmatan yang terbaik pada harga yang terbaik (mampu).
TIPS 2:
PILIHAN KATERER
Pastikan sekurang-kurangnya anda cuba dapatkan 3 sumber
katering yang berlainan untuk bandingkan harga yang paling berbaloi dan dalam
masa yang sama menyediakan makanan yang terbaik. Gunakan maklumat yang sama
tadi (dalam Tips 1) untuk anda minta sebut harga daripada 3 penyedia ketering
yang berbeza. Bandingkan dan pilih caterer yang terbaik.
TIPS 3:
JUMPA SENDIRI
Adalah lebih baik urusan bersama katering ini anda sendiri
dan pasangan atau bersama keluarga anda yang pergi bertemu secara bersemuka
dengan pihak katering. Ingat seperti yang saya katakan tadi, makanan merupakan
aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah majlis perkawinan. Anda hanya
ada sekali ini sahaja untuk memberi impression yang terbaik kepada tetamu anda.
Kalau makanan anda sedap, sudah cukup untuk memberi impression yang baik dan
boleh membuatkan tetamu anda berpuas-hati dan happy di majlis perkahwinan anda.
Jangan hanya berhubung dengan katerer melalui telefon atau SMS sahaja. Ini
dapat mengelakkan sebarang bentuk penipuan. Pastikan syarikat katerer itu berdaftar dan boleh dipercayai. Jangan sampai
tarikh majlis, caterer tak sampai-sampai…menangis tak berlagu nanti.
TIPS 4
CAS TERSEMBUNYI
Tanya dan buat confirmation dengan katerer pilihan anda
adakah ada cas-cas lain yang ‘tersembunyi’ ketika menetapkan sebut harga. Mana
tahu nanti anda kene bayar lebih daripada yang anda minta. Yang penting
mengikut bajet yang kita telah tetapkan.
TIPS 5:
CARA BAYARAN
Penting bagi anda mengetahui cara bayarannya. Jangan membuat
bayaran habis kerana sebagai langkah keselamatan. Kebiasaannya caterer akan mengambil
bayaran sebanyak 30%, 50% atau 70% tidak lebih dari itu. Selebihnya akan
dibayar selepas majlis.
TIPS 6:
FOOD TESTING
Ingat jangan lupa untuk mencuba rasa masakan yang anda pilih
bagi mengetahui makanan yang menjadi pilihan anda sedap atau tidak. Jangan
merasa makanan di premis atau kedai katerer, sebaiknya rasalah makanan di
majlis perkahwinan yang disediakan oleh katering. Ini lebih selamat.
Itulah dia beberapa tips yang sempat kami di Berkah Catering Services kongsikan bersama
anda tentang bagaimana yang anda boleh berurusan dengan katering perkawinan
bagi mendapatkan paket makanan paling murah dan dalam masa yang sama kualitinya
memuaskan anda.
Berkah Catering
ADS HERE !!!